Latar belakang Deng Xiaopeng

Dilahirkan di desa Paifang di perbandaran Xiexing, Kaunti Guang'an, Provinsi Sichuan, Deng Xiaoping, seorang berloghat Hakka, dididik di Perancis, sebagaimana dengan banyak pemberontak Asia yang terkenal (seperti Ho Chi Minh dan Zhou Enlai). Di sana, beliau menemukan Marxisme-Leninisme.

Deng berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertamanya, Zhang Xiyuan, salah satu rakan sekolahnya dari Moscow, meninggal dunia ketika hanya berumur 24 tahun, beberapa hari selepas melahirkan anak pertama mereka, anak perempuan yang juga mati. Jin Weiying, isteri keduanya, meninggalkannya selepas Deng mengalami serangan politik pada tahun 1933, manakala isteri ketiganya, Zhuo Lin, adalah anak perempuan kepada seorang usahawan di Provinsi Yunnan. Zhuo Lin menjadi seorang ahli Parti Komunis pada tahun 1938 dan setahun kemudian, berkahwin dengan Deng di hadapan gua kediaman Mao di Yan'an. Mereka dikurniakan lima orang anak: tiga orang anak perempuan (Deng Lin, Deng Nan, dan Deng Rong) serta dua anak lelaki (Deng Pufang, dan Deng Zhifang).

Rujukan

WikiPedia: Deng Xiaopeng http://www.chinadaily.com.cn/english/doc/2004-06/2... http://english.peopledaily.com.cn/dengxp/ http://news.sina.com.cn/z/dengxiaoping10/index.sht... http://www.cbw.com/asm/xpdeng/contents.html http://www.chine-nouvelle.com/caricatures/deng-xia... http://www.cnn.com/SPECIALS/1999/china.50/inside.c... http://www.cnn.com/WORLD/9702/24/china.deng/ http://www.nytimes.com/learning/general/onthisday/... http://www.pww.org/article/articleview/899/1/68/ http://rwor.org/a/firstvol/890-899/896/capchi.htm